iQOO sebelum ini telahpun berkongsi maklumat awal mengenai iQOO 15, biarpun tarikh pelancaran belum lagi diumumkan.
iQOO 15 telah disahkan hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan akan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16 bukan lagi FunTouchOS seperti generasi sebelumnya.


Dalam perkembangan terbaru, iQOO 15 dijangka akan dilengkapi dengan kamera periskop telefoto 50MP dengan kemampuan zum sehingga 100x. iQOO telahpun berkongsi beberapa hasil gambar yang diambil menggunakan kamera iQOO 15.

Selain itu, ia akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 7000mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar. Peranti ini akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.85-inci dengan resolusi QHD dan menyokong paparan 144Hz. iQOO 15 dijangka akan diperkenalkan sekitar Oktober ini di China.