Apple dilaporkan sedang bersedia untuk era baru selepas Tim Cook dikatakan bakal bersara tidak lama lagi. Tim Cook mula mengambil alih Apple pada 2011 menggantikan Steve Jobs.
Menurut maklumat, Apple telahpun memulakan proses peralihan kuasa, menandakan perubahan besar akan berlaku dalam sejarah syarikat tersebut. Selain itu, Apple dikatakan telah mempertimbangkan calon pengganti Tim Cook sebagai CEO.
Calon yang dijangka akan mengambil posisi tersebut adalah John Ternus, merupakan Naib Presiden Kejuruteraan Perkakasan Apple. Mula menyertai Apple pada tahun 2001 dan pernah mengetuai pasukan reka bentuk iPhone, iPad dan juga Mac.

Pada 2021, beliau telah dilantik menjadi Naib Presiden Kejuruteraan Perkakasan dan dikatakan sebagai pilihan untuk mengambil alih jawatan tertinggi Apple. Menurut sumber dalaman, Tim menyukai karakter Ternus yang tenang dan pandai bercakap serta tidak membuat keputusan yang terburu-buru.
Sebagai rekod, Tim Cook telah menerajui Apple lebih dari 14 tahun dan telah berjaya menjadikan syarikat tersebut mencapai nilai $4 trilion.