realme berkerjasama dengan siri popular iaitu Game of Thrones untuk memperkenalkan realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition. Hadir dengan rekaan yang diinspirasikan dari siri tersebut dengan pelbagai sentuhan eksklusif untuk peminat tegar.

Seperti namanya, peranti ini hadir dengan pelbagai elemen menarik dari siri tersebut seperti panel belakang boleh bertukar warna dari hitam kepada merah apabila suhu melebihi 44°C, simbolik kepada “Fire and Blood”.

Terdapat juga lambang House Targaryen yang timbul pada bahagian belakang dan modul kamera diubah suai dengan kemasan bingkai berwarna emas dengan rekaan cakar naga menjadikan peranti ini nampak lebih eksklusif. Tidak ketinggalan, terdapat juga ukiran “Winter is Coming” dan “Hear Me Roar” pada modul kamera.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut hadir dengan tema, ikon dan AI Edit Genie khas bertemakan Game of Thrones. Menjadikan ia lebih eksklusif, peranti ini didatangkan dengan kotak khas yang menyerupai Daenerys’ dragon egg chest dan terdapat Map of Westeros pada bahagian luar.
Dari segi spesifikasi, tiada perubahan sama seperti realme 15 Pro versi biasa, dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4, skrin AMOLED 6.8-inci, paparan 144Hz, dwi-kamera belakang 50MP, bateri 7000mAh dan pengecasan pantas 80W.

Di Malaysia, realme 15 Pro Game of Thrones Limited Edition dijual pada harga RM 2499 bermula 10 Oktober ini. Setiap pembelian akan menerima hadiah menarik bernilai RM1197. Tersedia dalam 5000 unit di seluruh dunia dengan Malaysia hanya ditawarkan 300 unit sahaja.