Sub-jenama kepada vivo iaitu iQOO, secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu iQOO 15 pada 20 Oktober ini di China.
iQOO 15 merupakan peranti yang lebih memfokuskan kepada permainan. Model ini dijangka hadir dengan empat pilihan warna dengan satu daripadanya akan menggunakan panel belakang yang boleh berubah warna.
Beberapa spesifikasi peranti ini juga telahpun disahkan seperti dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin AMOLED 6.85-inci dengan paparan 144Hz, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6.

Selain itu, peranti ini dijangka akan menyokong pengecasan tanpa wayar dan dilengkapi dengan kamera periskop telefoto 50MP dengan kemampuan zum sehingga 100x. Pada acara ini, iQOO berkemungkinan akan turut memperkenalkan beberapa peranti lain seperti iQOO Pad5e, iQOO Watch GT 2 dan iQOO TWS 5.