Samsung telah menjadualkan acara pelancaran peranti Android XR pada 21 Oktober ini. Peranti yang dijangka akan diperkenalkan adalah set kepala Samsung Galaxy AR.
💙 Like this post for exclusive updates and join us at Samsung Galaxy Event on October 21 at 10PM ET, to experience new ways to play, discover, and work.
— Samsung Mobile (@SamsungMobile) October 14, 2025
Come meet the first official device on Android XR—Project Moohan. pic.twitter.com/4nhjYj1Q4y
Samsung sebelum ini telahpun mengesahkan yang mereka sedang membangunkan peranti dengan Android XR bekerjasama dengan Google dan Qualcomm. Berbeza dengan platform XR sebelum ini, Android XR dibina dengan AI secara terus dari permulaan menjadikan ia lebih pintar dan responsif.
Selain itu, spesifikasi Galaxy AR telahpun tertiris, hadir dengan cip Snapdragon XR2+ Gen 2, srkin 4K micro-OLED, 8 kamera dan menjalankan antara muka Samsung One UI XR. Peranti ini dikatakan mampu bertahan sehingga 2.5 jam dengan sekali pengecasan.
Untuk permulaan, peranti ini akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad dan tersedia di beberapa pasaran tertentu sahaja.