Close

Nothing mungkin perkenal model baru – Phone (3a) Lite

Nothing mungkin akan membawakan satu lagi pilihan model baru di bawah siri Phone (3a) dengan nama ‘Lite’.

Seperti namanya, model ini akan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding siri Phone (3a). Berbeza dengan model lain, Phone (3a) Lite akan ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, model ini akan tersedia dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan harga jualan yang dikongsi buat masa ini. Harga jualan untuk peranti mungkin sedikit lebih mahal berbanding sub-jenama Nothing iaitu CMF.

Phone (3a) Lite dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini di beberapa pasaran termasuk India.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN