Close

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy mungkin guna binaan 2nm Samsung Foundry

Seperti tahun sebelumnya, Samsung akan menggunakan cip versi khas yang dipanggil sebagai ‘for Galaxy’. Namun apa yang menarik, cip ini akan dihasilkan menggunakan teknologi Samsung Foundry.

Menurut maklumat, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy akan dihasilkan sendiri oleh Samsung Foundry dengan menggunakan teknologi binaan 2nm. Dengan menggunakan teknologi sendiri, cip bukan lagi sekadar versi overclock seperti sebelum ini.

Sebagai perbandingan, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 versi standard dihasilkan oleh TSMC dengan teknologi binaan 3nm. Teknologi binaan 2nm mampu menawarkan pemprosesan yang lebih baik dan lebih jimat kuasa.

Perubahan ini mungkin boleh dikatakan sebagai salah satu usaha Samsung untuk mengembalikan semula keyakinan Qualcomm menggunakan Samsung Foundry. Sebelum ini, Samsung menghadapi isu pembuatan (yield) yang rendah pada cip Snapdragon 8 Gen 1 yang menyebabkan Qualcomm beralih kepada TSMC.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN