Kerajaan bakal mewajibkan perlaksanaan had umur untuk pengguna platform media sosial bagi memastikan kanak-kanak berusia bawah 13 tahun tidak mempunyai akaun.
Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil menyatakan, kerajaan akan mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti atau electronic Know Your Customer (eKYC). Langkah ini dibuat bagi untuk melindungi keselamatan kanak-kanak dalam talian.
Untuk merealisasikan perlaksanaan ini, satu pertemuan antara SKMM dengan syarikat platform media sosial akan diadakan pada minggu hadapan bagi membincangkan mengenai perkara tersebut. Selain itu, kerajaan mahu memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platfrom benar-benar dikuat kuasa.