Close

Siri OPPO Find X9 diperkenalkan – Cip Dimensity 9500, bateri 7500mAh dan kamera Hasselblad

OPPO secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Find X9. Hadir dengan rekaan yang berbeza dan tersedia dalam 2 pilihan model iaitu Find X9 dan Find X9 Pro.

Find X9 Pro tampil dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.78-inci. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3600 nits dalam outdoor mode. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dengan 3x zum optik dan 120x zum digital. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 50MP. Kemampuan kamera ini dibantu Hasselblad dan menyokong rakaman video sehingga 4K 120fps.

Dimuatkan dengan bateri 7500mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar.

Untuk Find X9, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.59-inci. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 3600 nits dalam outdoor mode. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dengan 3x zum optik dan 120x zum digital. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7025mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik, pembesar suara jenis stereo, WiFi 7 dan penarafan IP66/IP68/IP69. Menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16. Turut menyokong pelbagai fungsi AI seperti AI Portrait Glow, AI Recorder, dan AI Mind Space. Selain itu, siri OPPO Find X9 kini dilengkapi dengan butang khas untuk akses pantas AI dan juga aplikasi.

Di China, Find X9 dijual pada harga bermula sekitar CNY3499 (RM2078) dan CNY5299 (RM3142) untuk Find X9 Pro. Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN