OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 15 di China. Tampil dengan rekaan serba baru dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

OnePlus 15 tidak lagi menggunakan rekaan modul kamera jenis bulat sebaliknya menggunakan modul kamera berbentuk segi empat dengan bucu bulat. Menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.78-inci AMOLED BOE X3 dengan paparan 165Hz. Rekaan bezel kini lebih nipis dengan 11.5mm untuk menjadikan ia nampak lebih kompak dan simetri. Panel skrin ini turut menyokong kadar kecerahan minima pada 1 nits untuk memberikan keselasaan sewaktu penggunaan malam.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 32MP. OnePlus 15 tidak lagi menggunakan penjenamaan Hasselblad untuk kamera.

Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 7300mAh yang menyokong pengecasan 120W SuperVOOC berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain, ia hadir dengan penarafan IP69K, Bluetooth 6.0. WiFi 7, NFC dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berdasarkan Android 16.

Di China, OnePlus 15 dijual pada harga bermula sekitar CNY3999 (RM2364) dan mencecah sehingga CNY5399 (RM3191). Peranti ini dijangka akan turut diperkenalkan untuk pasaran global, namun tiada maklumat mengenai ketibaannya.