Sir iPhone 20 yang akan diperkenalkan pada tahun 2027 mungkin hadir tanpa sebarang butang fizikal.

Menurut laporan, Apple dikatakan merancang untuk membuang semua butang fizikal pada siri iPhone 20. Apple akan menggantikan butang fizikal dengan butang kapasitif yang mempunyai sensor khas untuk mengesan tindak balas haptic apabila ditekan.

Berbeza dengan butang fizikal yang mempunyai kompenen mekanikal, butang kapasitif tidak mempunyai sebarang komponen mekanikal sebaliknya memberi tindak balas melalui getaran haptic apabila ditekan atau disentuh.
Apple dikatakan pernah merancang untuk menggunakan butang kapasitif sepenuhnya pada iPhone 15 Pro dan 16 Pro. Namun, disebabkan masalah teknikal dan kos pembuatan yang tinggi ia terpaksa ditangguhkan.
Berbeza untuk kali ini, sumber dalaman mendedahkan teknologi tersebut dikatakan sudah cukup matang untuk digunakan sepenuhnya pada siri iPhone 20.