Close

WhatApp dilaporkan menguji aplikasi untuk Apple Watch

WhatsApp dilaporkan sedang menguji aplikasi yang dioptimasikan untuk Apple Watch.

Menurut laporan, beberapa pengguna terpilih telahpun menguji WhatsApp untuk Apple Watch. Melaluinya, ia membolehkan pengguna membaca, membalas mesej teks atau video dan juga reaksi secara terus dari Apple Watch.

Lebih menarik, aplikasi ini turut menyokong mesej suara yang membolehkan pengguna membalas mesej dengan lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan iPhone dari poket. Walau bagaimanapun, Apple Watch masih perlu disambungkan dengan iPhone sebelum dapat menggunakan WhatsApp pada jam pintar.

Ketibaan ciri ini dijangka dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada Apple Watch. Sebelum ini, kemampuan WhatsApp pada Apple Watch agak terhad dan tidak menyokong fungsi yang ditawarkan pada iPhone.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN