WhatsApp akhirnya memperkenalkan aplikasi rasmi untuk Apple Watch, membolehkan pengguna membaca atau membalas dan berinteraksi tanpa perlu menggunakan iPhone.
Dengan menggunakan WhatsApp untuk Apple Watch, ia membolehkan pengguna membaca mesej penuh serta membalas mesej terus dari jam pintar. Selain itu, ia turut menyokong reaksi emoji dan menghantar mesej suara. Semua mesej dan panggilan yang dilakukan akan disulitkan melalui end-to-end encryption, sama seperti versi iPhone.
Walau bagaimanapun, pengguna tidak boleh memulakan perbualan baru terus dari Apple Watch dan tiada sokongan panggilan suara dan video buat masa ini.
WhatsApp untuk Apple Watch ini boleh digunakan pada Watch Series 4 dan ke atas menjalankan WatchOS 10. Untuk mula menggunakan, pengguna perlu menyambungan WhatsApp pada iPhone dengan Apple Watch. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store.