Apple akhirnya melancarkan App Store versi web, sekaligus memudahkan pengguna mengakses atau mencari aplikasi melalui peranti Apple.

App Store versi web hadir dengan antara muka baru dengan halaman utama menggunakan reka bentuk moden dan kemas. Terdapat bahagian ‘today’ yang memaparkan aplikasi dan permainan yang disyorkan. Terdapat juga pilihan kategori dan juga penyenaraian aplikasi mengikut peranti seperti iPhone, Mac, Watch dan sebagainya.

Jika sebelum ini, laman web App Store hanya memaparkan maklumat ringkas dan pautan ke aplikasi sahaja. Walau bagaimanapun, App Store versi web tidak menyokong pemasangan aplikasi secara terus dari web.