Close

HUAWEI Mate 70 Air diperkenalkan – Rekaan nipis dengan bateri 6500mAh

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan model baru iaitu Mate 70 Air, memfokuskan kepada rekaaan yang nipis. Merupakan model paling nipis yang pernah dihasilkan dalam siri Mate.

HUAWEI Mate 70 Air hanya setebal 6.6 mm dengan berat hanya 208 gram sahaja. Hadir dengan skrin AMOLED 7-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan pilihan cip Kirin 9020A atau 9020B yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar 12MP Telefoto dengan 3x zum optik dan swafoto 10.7MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Mate 70 Air menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5.1 yang ditawarkan bersama dengan pelbagai ciri AI terbina. Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa, WiFi 7, komunikasi satelit dan penarafan IP69.

Di China, HUAWEI Mate 70 dijual pada harga bermula sekitar CNY 4199 (RM2468) dengan tiga pilihan warna iaitu Obsidian Black, Feather White, dan Gold & Silver Brocade.

ARTIKEL BERKAITAN