Close

Facebook tak lagi sokong butang ‘Like’ dan komen pada laman web

Meta mengumumkan bahawa Facebook tidak lagi menyokong butang Like dan komen pada laman web, sokongan kedua-dua butang tersebut akan dihentikan sepenuhnya pada 10 Februari 2026.

Perubahan atau penamatan sokongan ini merupakan sebahagian daripada evolusi platform yang dibangunkan oleh Meta kini lebih memfokuskan kepada alat dan ciri yang lebih moden dan relevan seiring dengan keperluan semasa.

Selepas tarikh tersebut, kedua-dua butang akan hilang daripada paparan laman web, namun tidak akan mennyebabkan ralat atau gangguan pada fungsi utama laman web. Selain itu, perubahan ini adalah non-breaking change, tidak memerlukan tindakan segera daripada pembangun web.

Sebelum ini, pengguna boleh meninggalkan like atau komen secara terus pada kandungan laman web pihak ketiga yang diintergrasikan dengan Facebook.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN