Close

realme GT 8 Pro Dream Edition kini boleh dipra-tempah di Malaysia

Seiring dengan ketibaan realme GT 8 Pro ke pasaran tempatan pada 24 November ini. realme akan turut membawakan model edisi terhad iaitu GT 8 Pro Dream Edition ke pasaran tempatan.

realme GT 8 Pro Dream Edition kini boleh dipra-tempah dengan deposit serendah RM50 sahaja. Pra-tempahan dibuka bermula hari ini sehingga 28 November 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM998.

Model ini adalah kesinambungan kepada model sebelumnya iaitu realme GT 7 Dream Edition. Hadir dengan rekaan yang lebih menarik dan mewah dengan tema pasukan Aston Martin Formula One. Menggunakan panel belakang berwarna turquoise dengan logo ikonik rasmi Aston Martin Aramco F1. Untuk menjadikan ia menonjol, terdapat aksen neon kuning pada panel belakang dan bahagian butang kuasa.

Bukan itu sahaja, model edisi terhad ini turut ditawarkan dengan aksesori yang bertemakan Aston Martin seperti kotak khas, dua kerangka pelindung, dua modul kamera, sim ejector dan juga tema dengan animasi khas.

Tiada perubahan dari segi spesifikasi dalaman, bermaksud ia hadir dengan spesifikasi yang sama seperti realme GT 8 Pro. Menggunakan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.79-inci, paparan 144Hz, tri-kamera belakang dengan penjenamaan Ricoh, bateri 7000mAh dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

ARTIKEL BERKAITAN