Close

HONOR Magic8 Pro akan tiba di Malaysia 27 November ini

HONOR Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran Magic8 Pro pada 27 November ini. Peranti ini bakal hadir dengan penawaran yang lebih menarik dan memfokuskan kemampuan fotografi yang lebih baik.

Seiring dengan ketibaan, HONOR turut mengumumkan promosi menarik untuk setiap pembelian Magic8 Pro akan disertakan dengan Insta360 Ace Pro secara percuma. Pra-tempahan untuk peranti ini akan dibuka bermula 27 November hingga 4 Disember 2025.

Bukan itu sahaja, penonton yang menonton siaran langsung pelancaran rasmi Magic8 Pro di Facebook dan YouTube rasmi HONOR Malaysia turut berpeluang untuk memenangi HONOR CHOICE Earbuds Clip secara percuma.

HONOR Magic8 Pro telahpun dilancarkan lebih awal di China, hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.71-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN