realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti andalan terbaru mereka iaitu GT 8 Pro. Merupakan peranti terawal di Malaysia yang dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.

realme GT 8 Pro tidak lagi menggunakan rekaan skrin jenis melengkung sebaliknya menggunakan skrin jenis rata, LTPO OLED bersaiz 6.79-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan 144Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 7000 nits. Dikuasaan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto Periskop dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan penjenamaan Ricoh untuk memberikan hasil imej yang lebih baik dan menarik. Dimuatkan dengan bateri silikon-karbon 7000mAh yang menyokong pengecasan SuperVOOC 120W.

Menarik mengenai peranti ini, ia hadir dengan modul kamera yang boleh ditukar dalam dua bentuk iaitu segi empat atau bulat. Selain itu, peranti ini hadir dengan rekaan yang lebih nipis iaitu 8.2mm dan lebih ringan iaitu 214gram sahaja.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti WiFi 7, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4, penarafan IP66+IP68+IP69 dan menjalankan realme UI 7.0 berasaskan Android 16. Selain itu, peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh Next AI seperti AI Notify Brief, AI Master Framing, AI Gaming Coach, AI Planer lain-lain.


Di Malaysia, realme GT 8 Pro dijual pada harga RM4299 dan ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja iaitu 16GB + 512GB. Hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Blue dan White. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 11 November dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1197.