realme Malaysia turut memperkenallkan GT 8 Pro edisi terhad Aston Martin F1 ke pasaran tempatan. Merupakan kesinambungan kepada model sebelumnya iaitu realme GT 7 Dream Edition.

Seperti namanya, model ini hadir dengan rekaan yang lebih menarik dan mewah dengan tema pasukan Aston Martin Formula One. Menggunakan panel belakang berwarna turquoise dengan logo ikonik rasmi Aston Martin Aramco F1. Untuk menjadikan ia menonjol, terdapat aksen neon kuning pada panel belakang dan bahagian butang kuasa.

Bukan itu sahaja, model edisi terhad ini turut ditawarkan dengan aksesori yang bertemakan Aston Martin seperti kotak khas, dua kerangka pelindung, dua modul kamera, sim ejector dan juga tema khas.

Tiada perubahan dari segi spesifikasi dalaman, bermaksud ia hadir dengan spesifikasi yang sama seperti realme GT 8 Pro. Menggunakan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.79-inci, paparan 144Hz, tri-kamera belakang dengan penjenamaan Ricoh, bateri 7000mAh dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.


realme GT 8 Pro Dream Edition dijual pada harga RM4699 dan tersedia dalam satu konfigurasi memori sahaja iaitu 16GB + 1TB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 11 November dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1197.