Close

MyDigital ID akan turut digunakan untuk sijil kematian, daftar perkahwinan dan pembaharuan pasport

MyDigital ID akan turut digunakan pada sijil kematian, pendaftaran perkahwinan dan pembaharuan pasport bermula tahun depan.

Menurut Menteri Digital iaitu Gobind Singh Deo, MyDigital ID akan diintergrasikan secara meluas merentasi sektor awam dan swasta bermula 2026. Integrasi tersebut merangkumi pelbagai perkara penting seperti sijil kematian, pendaftaran perkahwinan dan pembaharuan pasport.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan seperti kewangan, kesihatan dan telekomunikasi akan turut diintergrasikan tidak lama lagi. Kerajaan menyasarkan penggunaan meluas dengan mengintegrasikan MyDigital ID ke dalam perkhidmatan yang kerap digunakan oleh rakyat.

MyDigital ID mencatatkan purata pendaftaran sekitar 50,000 setiap hari dan sehingga 8 Disember, MyDigital ID telah mencatatkan pendaftaran sekitar 6.36 juta. MyDigital ID bakal menjadi identiti digital standard untuk agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan, JPJ, LHDN dan lain-lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN