WhatsApp mengumumkan beberapa ciri baru pada aplikasi untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan menarik.
Melaluinya, WhatsApp membawakan ciri seperti missed call messages, reactions in voice chats, group call speaker spotlight, new media tab on desktop, new stickers on Status dan lain-lain. Untuk missed call message, pengguna boleh merakam mesej suara atau mesej video yang untuk panggilan yang tidak dijawab. Ciri ini menggunakan konsep seperti mel suara tradisional dan memudahkan pengguna ketika waktu sibuk.
Pengguna kini boleh memberi reaksi secara masa nyata tanpa menggangu perbualan melalui ciri reactions in voice chats. Selain itu, panggilan video berkumpulan turut ditambah baik dengan group call speaker spotlight, pengguna yang bercakap akan diberikan prioriti bagi memudahkan pengguna lain mengenal pasti siapa yang sedang bercakap.
Pengguna WhatsApp versi desktop akan diperkenalkan dengan ciri media tab on desktop yang akan memudahkan pengguna membuat carian dokumen, pautan, fail media dan sebagainya. Interaksi melalui status kini lebih menarik dengan new stickers on Status. Membolehkan pengguna berkongsi lirik lagu serta soalan interaktif yang boleh dijawab oleh rakan atau pengikut.
Ciri lain yang turut dibawakan seperti question channel, membolehkan pentadbir (admin) berinteraksi dengan pengikut untuk mendapatkan maklum balas secara masa nyata. Sebahagian daripada ciri ini telahpun tersedia kepada pengguna manakala sebahagian lagi dijangka tiba tidak lama lagi. Untuk mula menggunakan ciri ini, pastikan anda telah mengemas kini aplikasi kepada yang terbaru.