Close

vivo S50 dan S50 Pro mini diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 5 dengan bateri 6500mAh

vivo memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran China iaitu S50 dan S50 Pro mini. Tampil dengan rekaan yang lebih menarik dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

untuk S50, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Manakala untuk S50 Pro mini, ia hadir dengan rekaan lebih kompak dengan skrin bersaiz 6.31-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.1.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Selain itu, peranti ini turut menyokong penarafan IP68 + IP69, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan OriginOS 6 yang berasaskan Android 16. Di China, vivo S50 dijual pada harga bermula sekitar CNY2999 (RM1739) dan CNY3699 (RM2145) untuk vivo S50 Pro mini.

ARTIKEL BERKAITAN