Close

Lego umum kerjasama global dengan Crocs – Perkenal LEGO Brick Clog

Lego dan Crocs mengumumkan kerjasama global jangka masa panjang yang bakal mengubah landskap kasut kasual.

Kerjasama ini akan menggabungkan imaginasi tanpa had dari LEGO dan gaya berani dari Crocs. LEGO Brick Clog menjadi produk pertama yang dikeluarkan melalui kerjasama ini. Hadir dengan rekaan yang unik dan ikonik dengan setiap kasut mempunyai empat ‘stud’ (bongkah bulat) bersama logo LEGO.

Bukan itu sahaja, bahagian tapak kasut turut menyerupai bata LEGO. Lebih menarik, kasut ini turut didatangkan dengan LEGO Minifigure khas bersama empat pasang kasut Crocs mini.

LEGO Brick Clog akan dijual secara global bermula 16 Februari 2026 dengan harga $149.99 (RM594). Bagi yang berminat, kasut ini boleh didapatkan melalui Crocs dan juga di laman rasmi Lego.

ARTIKEL BERKAITAN