Apple secara rasmi memperkenalkan AirTag generasi kedua, hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik namun kekal dengan rekaan yang sama.

AirTag generasi kedua hadir dengan cip UWB (Ultra WideBand) baru, cip yang sama digunakan pada siri iPhone 17, Apple Watch Ultra 3 dan Apple Watch Series 11. Cip baru ini menawarkan jarak penjejakan 50% lebih jauh melalui ciri Precision Finding.

Selain cip UWB, Apple turut menaik taraf kemampuan cip Bluetooh membolehkan ia mengesan dari jarak yang lebih luas. AirTag generasi kedua ini juga hadir dengan pembesar suara 50% lebih kuat untuk memudahkan pengguna mengetahui lokasi peranti melalui bunyi, terutamanya di kawasan yang tertutup.
Apple mengekalkan penggunaan bateri CR2032 pada AirTag generasi kedua yang boleh diganti oleh pengguna, sekali gus memastikan kos penyelenggaraan kekal rendah seperti generasi sebelumnya.

AirTag generasi kedua ini dijual pada harga RM129 untuk satu unit dan RM429 untuk empat unit. AirTag generasi kedua ini menyokong sistem operasi iOS 26 dan terkini.