Bermula 1 Februari 2026, cetakan slip fizikal cukai jalan atau road tax untuk kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia tidak lagi dikeluarkan.

Maklumat tersebut dikongsi oleh Pos Malaysia melalui Facebook rasmi mereka. Walau bagaimanapun, slip fizikal cukai jalan untuk kenderaan persendirian individu bukan warganegara, persendirian syarikat, perdagangan dan perkhidmatan awam masih lagi ditawarkan.
Langkah tersebut diambil untuk mengalakkan penggunaan aplikasi MyJPJ, membolehkan cukai jalan dan lesen memandu diakses secara digital. Bukan itu sahaja, aplikasi MyJPJ turut menyokong pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.
Selain itu, pengguna yang memerlukan slip cukai jalan fizikal disarankan memperbaharui road tax dan insuran motor di pejabat pos berdekatan sebelum 1 Februari 2026.