Pelaksanaan had umur 16 untuk platform media sosial dijangka akan bermula Julai 2026.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, kerajaan kini dalam fasa regulatory sandbox untuk menguji kaedah atau jalan terbaik sebelum perlaksanaan penuh dilakukan.
Perbincangan dengan penyedia plaform juga telah dimulakan untuk mengenal pasti pendekatan paling berkesan dan ia akan dilaksanakan selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA).

Pengesahan identiti secara digital electronic Know Your Customer (eKYC) akan digunakan oleh semua platform untuk pengesahan pembukaan akaun. Proses ini bakal menjadikan pendaftaran akaun menjadi lebih teratur dan mematuhi had umur minima yang ditetapkan. Kerajaan menyasarkan pelaksanaan tersebut akan dibuat pada separuh kedua tahun ini, iaitu suku ketiga atau keempat.
Pelaksanaan ini dibuat untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi serta terdedah kepada kandungan tidak wajar dalam talian.