Close

Samsung Galaxy S26 bakal hadir dengan ciri ‘Privacy Display’

Samsung mengesahkan siri Galaxy S26 akan dilengkapi dengan ciri ‘Privacy Display’ iaitu sistem privasi skrin yang menghalang pengguna atau orang sekeliling dari melihat kandungan pada skrin

Ciri ini dibina secara terus ke dalam panel skrin dan boleh dikawal sepenuhnya oleh pengguna. Selain itu, ia berbeza dengan pelindung skrin privasi pihak ketiga yang gelap sepanjang masa.

Menurut Samsung, ciri ini direka untuk memberikan pengguna ruang peribadi walaupun berada di tempat awam. Pengguna boleh menetap ciri ini pada aplikasi tertentu dan boleh memilih jenis perlindungan seperti semasa menaip kata laluan atau apabila menerima notifikasi.

Selain itu, pengguna mempunyai pilihan untuk mengaktifkan atau menyaktifkan ciri ini secara manual. Apabila ciri ini diaktifkan, sudut pandangan pada skrin akan menjadi sangat terhad, paparan kelihatan gelap dari bahagian sisi.

Samsung mendedahkan, teknologi ini mengambil masa lebih dari lima tahun untuk dihasilkan dan melalui pelbagai proses sebelum ia benar-benar stabil untuk digunakan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN