Apple mungkin akan memperkenalkan aksesori tambahan untuk kamera iaitu Teleconverter bersama dengan iPhone 18 Pro.
Menurut laporan, Apple dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan aksesori teleconverter untuk iPhone 18 Pro. Teleconverter merupakan aksesori tambahan untuk kamera menawarkan kemampuan zum yang lebih jauh tanpa kehilangan perincian dan kualiti imej.

Teleconverter bukan sesuatu yang baru, teknologi ini telah digunakan secara meluas oleh beberapa pengeluar seperti OPPO dan vivo untuk model andalan mereka. Selain teleconverter, iPhone 18 Pro juga dikatakan bakal hadir dengan sistem Variable Aperture pada kamera utama.
Laporan sama turut mendedahkan yang iPhone 18 Pro mungkin hadir dengan rekaan lutsinar pada panel belakang. Jika laporan ini tepat, ia bakal menjadikan rekaan iPhone lebih menarik dan unik.