Fon lipat seterusnya dari OPPO iaitu Find N6 dijangka akan diperkenal tidak lama lagi.
OPPO Find N6
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) February 9, 2026
Launching on March 17th
China + select Global markets (South Asia & EU)
No India launch
– AI Pen support
– OPPO is pitching this as an Ultra Foldable phone
– 200MP camera
– Thin & Light form factor
Titanium & Orange colors
OPPO Find N6 berkemungkinan akan diperkenalkan pada 17 Mac ini. Menariknya, peranti ini akan turut tiba di secara global dan dilancarkan pada hari yang sama. OPPO Find N6 dikatakan bakal hadir dengan teknologi engsel baru yang akan mengurangkan kesan lipatan.
Peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 6000mAh yang dipadankan dengan pengecasan pantas 80W. Dari segi fotografi, ia dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop.

Selain itu, OPPO Find N6 bakal hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan serta menyokong pelbagai ciri yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).