Samsung mengesahkan ketibaan peranti andalan mereka iaitu siri Galaxy S26 pada 26 Februari ini.
Pada acara ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan tiga peranti baru iaitu Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra. Tiada maklumat mengenai peranti yang didedahkan, namun telah ada beberapa video promosi yang dikongsi.

Melalui video promosi yang dikongsi, siri Galaxy S26 akan dilengkapi dengan ciri ‘Privacy Display’ iaitu sistem privasi skrin yang menghalang pengguna atau orang sekeliling dari melihat kandungan pada skrin. Selain itu, peranti ini akan menawarkan kemampuan fotografi yang lebih baik.
Menurut beberapa maklumat, Galaxy S26 dan Galaxy S26+ akan dikuasakan dengan cip Exynos 2600. Menggunakan bateri 4300mAh untuk Galaxy S26 dan 4900mAh untuk Galaxy S26. Untuk model paling premium iaitu Galaxy S26 Ultra ia akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 60W.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.