Close

Rusia sekat WhatsApp sepenuhnya – Perintah rakyat guna aplikasi milik kerajaan

Aplikasi permesejan popular iaitu WhatsApp kini diharamkan atau disekat sepenuhnya di Rusia.

Pengharaman atau sekatan tersebut dibuat selepas aplikasi tersebut dikatakan gagal mematuhi undang-undang tempatan berkaitan penyimpanan data dan pemantauan kandungan.

Berikutan dari itu, rakyat diminta untuk beralih ke perkhidmatan domestik iaitu MAX, aplikasi permesejan milik kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan MAX berpotensi menjadi alat pengawasan kerajaan.

Namun begitu, kerajaan menafikan perkara tersebut dan menyatakan MAX direka untuk memudahkan kehidupan dengan intergrasi pelbagai perkhidmatan dalam satu platform. Menurut WhatsApp, pengasingan pengguna dari komunikasi peribadi dan selamat adalah satu langkah keterbelakang.

Tindakan memaksa rakyat beralih kepada aplikasi MAX dilihat sebagai kemuncak tekanan selama enam bulan yang dibuat ke atas Meta. Selain WhatsApp, Telegram turut menerima tekanan yang sama dan berpotensi untuk diharamkan atau disekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN