Telegram mengumumkan kemas kini baru bersama dengan antara muka yang lebih segar untuk pengguna Android.

Perubahan paling ketara adalah kedudukan bar navigasi kini diletakkan di bahagian bawah. Memudahkan pengguna mengakses tab seperti perbualan, tetapan dan profil dengan lebih pantas. Antara muka baru ini menggunakan elemen liquid glass serta dikatakan lebih cekap dan lebih responsif berbanding sebelumnya.

Selain itu, logo Telegram kini lebih jelas yang diposisikan di bahagian penjuru atas kiri dengan Telegram Stories di bahagian bawah. Untuk prestasi yang lebih optimum serta jimat kuasa, pengguna boleh mengaktifkan mod penjimatan melalui Settig dan pilih Power Saving.
Untuk pengguna Android, Telegram dengan antara muka baru ini telahpun tersedia secara global. Kemas kini aplikasi anda untuk mencuba antara muka baru ini.