ByteDance dikatakan dalam fasa akhir untuk menjual Moontoon dengan nilai sekitar $6 bilion hingga $7 bilion. Buat yang tidak mengetahui, Moontoon adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam membangun dan menerbitkan permainan popular Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).

Menurut laporan, Savvy Games Group syarikat permainan dari Arab Saudi dikatakan berpotensi membeli Moonton. Kedua-dua pihak dikatakan telah mencapai persetujuan awal terhadap terma-terma utama.
Ketika ini, Savvy Games Group sedang memperluas pegangan mereka dalam industri permainan global melalui pengambilalihan dan pelaburan strategik. Syarikat permainan ini telahpun mengambilalih Scopely pada 2023 dengan nilai sekitar $4.9 billion.
ByteDance mula mengambilalih Moontoon pada 2021 dengan nilai sekitar $4 billion, merancangan untuk membina perniagaan permainan antarabangsa. Namun pada 2023, ByteDance mengumumkan penstrukturan semula perniagaan mereka dan merancang untuk Moontoon.
Ketika ini, permainan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) mempunyai 110 juta pengguna aktif dan telah dimuat turun oleh 1.5 billion pengguna. Penjualan Moonton menandakan yang ByteDance tidak lagi berminat pada sektor permainan dalam talian