Close

Nothing memperlihatkan Phone (4a) dalam warna ‘Pink’

Nothing secara rasmi memperlihatkan peranti baru mereka iaitu Phone (4a), namun apa yang lebih menarik peranti tersebut hadir dalam pilihan warna Pink.

Untuk kali pertama kali, Nothing menawarkan pilihan warna pink dalam siri Phone (a). Sebelum ini, Nothing telahpun memperlihat rekaan Phone (4a) dalam pilihan warna putih. Tiada perubahan pada struktur atau susun atur komponen, hanya warna yang berbeza.

Piihan warna pink ini nampak menyerlah dan memberi identiti yang lebih berani berbanding pilihan warna sebelum ini. Nothing turut memperlihatkan Glyph Bar yang berbentuk petak dan diletakkan modul camera.

Terdapat 9 mini-LED yang boleh dikawal dan boleh diprogram untuk notifikasi atau fungsi tertentu. Selain itu, Glyph Bar dikatakan lebih terang berbanding generasi sebelumnya. Pelancaran rasmi untuk peranti ini telahpun dijadualkan pada 5 Mac, di mana semua maklumat mengenai spesifikasi dan harga akan diumumkan secara rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN