Close

MyDebit CIMB bakal mengalami gangguan sementara pada 7 dan 28 Mac 2026

Perkhidmatan MyDebit CIMB bakal mengalami gangguan sementara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem berjadual.

Gangguan tersebut bakal menjejaskan pengguna CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad. Melalui jadual yang dikongsi, gangguan tersebut akan bermula pada Sabtu, 7 Mac 2026, jam 12 tengah malam hingga 8 pagi dan pada Sabtu, 28 Mac 2026, jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Tujuan penyelenggaraan ini dilaksanakan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, CIMB turut menyatakan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN