Close

PinjamGajet diumumkan – Sewa peranti serendah RM10 sebulan

Rafizi Ramli mengumumkan program PinjamGajet, merupakan sebuah program di bawah kempen Ayuh Malaysia.

Melalui program ini, ia membolehkan orang awam menyumbang gajet atau peranti elektronik terpakai seperti komputer riba. Gajet dan peranti tersebut akan dibaik-pulih kemudian ditawarkan secara sewaan pada pengguna lain pada kadar serendah RM10 sebulan.

Menurut Rafizi Ramli, komputer riba kini menjadi keperluan utama bagi pelajar sekolah atau universiti. Selain itu, program ini dijangka akan dapat mengurangkan lagi jurang digital dalam kalangan orang ramai di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh layari laman web rasmi  pinjamgajet.ayuhmalaysia.org.

ARTIKEL BERKAITAN