India kini menghasilkan 25% daripada jumlah keseluruhan iPhone untuk pasaran global.

Menurut laporan, sekitar 55 juta unit iPhone telah dihasilkan di India sepanjang tahun lalu. Sebagai perbandingan, tahun lalu hanya 36 juta unit sahaja yang dihasilkan di India. Secara keseluruhan, Apple telah mengeluarkan sekitar 220 hingga 230 juta unit iPhone tahun lalu dengan 55 juta unit dihasilkan di India.
Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China telah mendorong Apple untuk mempelbagaikan rantaian bekalan mereka dan memperluaskan pengeluaran iPhone ke negara lain termasuk India.
Selain itu, langkah tersebut diambil bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu negara sahaja dalam pengeluaran produknya. Perkembangan ini menunjukkan India kini menjadi salah satu pusat pembuatan utama iPhone selain China.