WhatsApp kini memperkenalkan ciri baru iaitu ‘parent-managed accounts’ yang membolehkan ibu bapa mengawal akaun kanak-kanak bawah umur.

Ciri baru ini direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selamat kepada pengguna muda. Melaluinya, ibu bapa atau penjaga boleh menetapkan siapa yang boleh menghantar mesej dan kumpulan mana yang boleh disertai.
Ciri ini turut membolehkan ibu bapa menyemak mesej yang diterima dari akaun yang tidak dikenali serta menetapkan tahap privasi secara terus. Semua tetapan ini dilindungi dengan kod PIN khas, diperlukan untuk membuat sebarang perubahan pada akaun yang diuruskan.
Ciri ini telahpun dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia dan dijangka akan tersedia pada semua pengguna tidak lama lagi.