Aplikasi RHB Mobile Banking tidak lagi menyokong peranti dengan Android 10 ke bawah dan iOS 15 ke bawah bermula 1 Jun 2026.

Menurut RHB, langkah tersebut diambil bagi memastikan tahap keselamatan perbankan dalam talian sentiasa selamat dalam masa yang sama memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lancar.
Berikutan itu, peranti dengan sistem operasi versi lama tidak lagi boleh mengakses aplikasi RHB Mobile Banking App. Walaupun pelanggan masih boleh melakukan log masuk ke RHB Online Banking melalui web, namun transaksi kewangan tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana proses kelulusan memerlukan Secure Plus melalui aplikasi mudah alih RHB.
Bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan, RHB menasihatkan pelanggan supaya mengemas kini peranti ke versi sistem operasi terkini.