Apple secara rasmi memperkenalkan AirPods Max 2, tampil dengan beberapa kemas kini baru dan dikuasakan dengan cip H2.

AirPods Max 2 hadir dengan rekaan yang sama seperti generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia kini menyokong port USB-C. Dikuasakan dengan cip H2 yang membawa beberapa penambahbaikan terutamanya pada kemampuan Active Noise Cancellation (ANC) dengan 1.5 kali lebih berkesan berbanding model sebelumnya.

Peranti ini turut hadir dengan beberapa ciri pintar baru seperti adaptive audio, conversation awareness, live translation dan juga voice isolation. Selain itu, AirPods Max 2 kini menyokong Bluetooth 5.3 untuk sambungan yang lebih stabil dan lebih efisien.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan kawalan kamera yang membolehkan pengguna hanya menekan Digital Crown untuk mengambil gambar atau merakam video. AirPods Max 2 mampu bertahan sehingga 20 jam dengan ANC diakifkan dan boleh dicas melalui USB-C.

AirPods Max 2 dijual pada harga RM2299 dan ditawarkan dalam lima pilihan warna Midnight, Starlight, Orange, Purple dan Blue. Tiada maklumat mengenai ketibaan dan ketersediaan peranti ini untuk pasaran Malaysia.