Close

HONOR menjadualkan acara pelancaran siri 600 pada 22 April ini

HONOR Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran siri 600 pada 22 April ini. Siri ini dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan menarik berbanding generasi sebelumnya.

Siri HONOR 600 hadir dengan rekaan yang lebih menonjol dengan modul kamera mirip seperti iPhone 17 Pro. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan dua sensor berbentuk bulat dan satu berbentuk bujur.

Walau bagaimanapun, untuk model HONOR 600 ia hanya dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang. Kamera telefoto pada HONOR 600 mempunyai penarafan penstabilan imej profesional CIPA 6.5 dan dilengkapi dengan sistem pengimejan baru iaitu AI Color Engine.

Selain itu, siri 600 akan menyokong ciri AI Image to Video 2.0 yang membolehkan pengguna menukar imej statik kepada video pendek dalam gaya yang sinematik. Berbeza dengan versi sebelumnya, AI Image to Video 2.0 menyokong beberapa penambahbaikan seperti Multi-image to Video dan mampu menjalankan arahan yang lebih khusus.

Acara pelancaran ini boleh ditonton secara langsung melalui platform Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 22 April, jam 3 petang.

ARTIKEL BERKAITAN