HUAWEI Pura X Max bakal menjadi fon lipat terbaru yang akan diperkenalkan oleh HUAWEI. Peranti ini bakal diperkenalkan pada 20 April ini di China.

Seiring dengan ketibaanya, HUAWEI telahpun berkongsi rekaan dan juga pilihan warna yang ditawarkan. Dari segi rekaan, Pura X Max hadir dengan modul kamera berbentuk pil yang disusun secara melintang. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dan terdapat kamera swafoto pada kedua-dua skrin.

Pura X Max menampilkan nisbah skrin yang lebih lebar untuk memberikan pengalaman penggunaan seperti tablet mini apabila skrin dibuka sepenuhnya. Ditawarkan dengan beberapa pilihan warna menarik seperti Interstellar Blue, Olive Gold, Phantom Night Black, Vibrant Orange dan Zero Degree White.

Peranti ini berkemungkinan akan dijana dengan cip Kirin 9030 yang dipadankan dengan beberapa pilihan konfigurasi memori iaitu RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.