GoPro melangkah ke arah baru dengan memperkenalkan siri GoPro Mission 1, memfokuskan kepada golongan yang menginginkan kualiti video yang lebih tinggi dalam masa yang sama mahukan penggunaan yang fleksibiliti.

Siri GoPro Mission 1 hadir dengan tiga pilihan model iaitu Mission 1, Mission 1 Pro dan Mission 1 Pro ILS. Ketiga-tiga model ini menggunakan sensor 50MP bersaiz 1-inci dan dijana dengan cip GP3 5nm baru tawar kecekapan dan kawalah haba yang lebih baik.

Dari segi rakaman, Mission 1 Pro dan Mission 1 Pro ILS menyokong rakaman yang lebih tinggi iaitu 8K 60fps, 4K 240fps serta 1080p sehingga 960fps untuk gerak perlahan. Manakala untuk Mission 1, ia hanya menyokong rakaman 8K 30fps, 4K 120fps dan 1080p 240fp. Semua model menyokong rakaman ‘Open Gate’ sekaligus memberikan fleksibiliti untuk suntingan.

Mission 1 dan Mission 1 Pro mampu bertahan pada kedalaman 20 meter tanpa kerangka pelindung dan 60 meter dengan kerangka pelindung. Selain itu, ia turut hadir dengan butang tambahan baru dan skrin OLED bersaiz 2.59-inci. Untuk model Mission 1 Pro ILS, ia menyokong penggunaan lensa yang boleh tukar.

Dari segi ketahanan bateri, ia menggunakan bateri Enduro 2 yang mampu bertahan sehingga 5 jam rakaman dalam resolusi 1080p 30fps dan 3 jam dalam resolusi 4K 30fps. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti 4 mikrofon terbina dengan 32-bit float audio, Bluetooth 5.3 dan menyokong GoPro Wireless Mic System.
Peranti ini boleh dipra-tempah bermula 21 Mei 2026 dan jualan secara global akan bermula pada 28 Mei. Malangnya, tiada maklumat mengenai harga jualan yang dikongsi oleh GoPro buat masa ini.