iQOO secara rasmi memperkenalkan iQOO 15T, merupakan model siri T pertama yang ditawarkan oleh iQOO. Model ini memfokuskan kepada prestasi, ketahanan bateri dan kamera yang lebih baik.

iQOO 15T dilengkapi dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Peranti ini turut dimuatkan dengan cip khas Q3 untuk meningkatkan pengalaman permainan.

Walaupun memfokuskan kepada permainan, iQOO 15T turut dilengkapi dengan tetapan kamera yang lebih baik dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri silikon karbon 8000mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Selain itu, peranti ini menyokong penaraan IP68 dan IP69 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16. iQOO 15T ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan gradient.
Untuk pasaran China, model asas dengan 12GB + 256GB dijual pada harga sekitar CNY3799 (RM2217). Untuk paling varian paling tinggi iaitu 16GB + 1TB ia dijual pada harga sekitar CNY5699 (RM3326).