Close

Komputer riba dengan siri Snapdragon X2 kini ditawarkan di Malaysia

Qualcomm Technologies mengumumkan ketibaan siri Snapdragon X2 ke pasaran tempatan. Merupakan cip pemprosesan baru untuk komputer riba yang memfokuskan kepada prestasi yang lebih baik, ketahanan bateri yang lebih panjang dan kemampuan AI yang lebih maju.

Siri Snapdragon X2 dibangunkan dengan seni bina Qualcomm yang memfokuskan kepada kecekapan tenaga bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih responsif dengan jangka hayat bateri yang panjang. Selain itu, ia dihasilkan untuk memenuhi keperluan pengguna moden yang mementingkan mobiliti dengan prestasi atau keupayaan AI yang baik.

Qualcomm turut menyatakan, siri Snapdragon X2 kini hadir dengan sokongan sehingga 2000 permainan dan 1000 aplikasi yang serasi. Dengan sokongan permainan dan aplikasi yang lebih luas ia menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan produktif.

Ketika ini, komputer riba dengan siri Snapdragon X2 telahpun tersedia dan ditawarkan dalam pelbagai jenama antaranya ASUS Zenbook A16, Lenovo IdeaPad 5 2-in-1 dan Lenovo Yoga Slim 7x. Bagi pengguna yang berminat, komputer riba ini boleh didapatkan di beberapa peruncit utama seperti Harvey Norman, Thunder Match Technology dan PC Image.

ARTIKEL BERKAITAN