Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penangguhan pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baru yang sebelum ini dijadualkan bermula 1 Jun 2026 ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Menurut JIM, penangguhan ini terpaksa dibuat bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat terus berada pada tahap baik. Walau bagaimanapun, rakyat atau orang ramai masih boleh memperbaharui pasport seperti biasa, manakala pasport yang masih kekal sah boleh digunakan sehingga tamat tempoh.
Selain itu, JIM menyatakan sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baru akan diumumkan menerusi laman rasmi jabatan dari masa ke semasa.