Close

Hyundai IONIQ 6 N kini rasmi di Malaysia dengan harga RM450K

Hyundai Motor Malaysia (HMY) melalui acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) mengumumkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi mereka iaitu IONIQ 6 N.

IONIQ 6 N dibangunkan di Pusat R&D Namyang, Korea Selatan oleh oleh divisyen prestasi tinggi Hyundai N. EV ini telahpun menjalani ujian ketahanan di litar Nürburgring Nordschleife di Jerman. Merupakan sedan elektrik prestasi tinggi yang telah dinobatkan sebagai 2026 World Car Awards dalam kategori World Performance Car 2026.

IONIQ 6 N mampu menghasilkan kuasa 650 PS dan 770 Nm dengan pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 3.2 saat. Kelajuan maksimum untuk ev prestasi tinggi ini adalah 257 km/j. Turut dilengkapi sistem suspensi Electronically Controlled Suspension (ECS) yang membantu meningkatkan kestabilan dan pengendalian.

Dimuatkan dengan bateri 84 kWh yang menyokong pengecasan pantas 350 kW yang mampu mengecas 10% ke 80% hanya dalam masa 18 minit. Dari segi jarak gerak, ia menawarkan jarak gerak sekitar 487 km (WLTP). Salah satu teknologi menarik yang dibawakan pada E ini adalah N e-Shift, sistem yang mensimulasikan pertukaran gear transmisi klac berkembar 8-kelajuan walaupun ia sebenarnya menggunakan motor elektrik.

Hyundai IONIQ 6 N dijual pada harga RM449,888 yang di datang dengan jaminan N Care+ selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan, turut merangkumi jaminan bateri. Selain itu, pembeli juga akan menerima barangan N Lifestyle+ yang bernilai RM2000.

ARTIKEL BERKAITAN