Close

Perodua C2 diperlihatkan – Bayangan EV masa depan buatan Malaysia

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperlihatkan kereta konsep di acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 di MITEC. Kereta konsep ini dinamakan sebagai Perodua Chapter 2 (C2) yang berkemungkinan akan menjadi EV kedua untuk jenama tersebut.

Perodua C2 tampil dengan rekaan yang berbeza berbanding konsep EM-O yang diperkenalkan sebelum ini.Dibangunkan oleh pasukan pereka muda Perodua dengan visi masa depan mobiliti elektrik. Keretan konsep ini hadir dengan rekaan lebih futuristik dengan siluet lebih moden dan aerodinamik yang lebih baik.

Kereta konsep ini diposisikan sebagai segmen-B yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi bantuan pemanduan yang berasaskan kepada AI yang merangkumi navigasi masa nyata, kemas kini trafik secara langsung, bantuan parkir pintar dan sebagainya. Lebih menarik, Perodua C2 turut diintergrasikan dengan aplikasi P-Circle untuk memberikan pengalaman ekosistem mobiliti yang lebih menyeluruh.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat teknikal seperti kuasa motor, kapasiti bateri dan jarak pemanduan yang dikongsi buat masa ini. Perodua C2 memberikan gambaran awal tentang bagaimana EV Perodua generasi akan datang mungkin kelihatan.

ARTIKEL BERKAITAN