Close

OnePlus sah tamatkan operasi di AS dan Eropah

OnePlus secara rasmi mengesahkan yang mereka akan menamatkan operasi mereka di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah, bermaksud tiada lagi produk atau peranti baru yang akan ditawarkan di pasaran tersebut.

Walaupun tidak menawarkan produk atau peranti baru, OnePlus menyatakan peranti sedia ada akan kekal menerima kemas kini Android dan juga keselamatan seperti mana yang dijadualkan. Selain itu, pusat perkhidmatan akan terus beroperasi untuk proses tuntutan waranti, sokongan pelanggan dan sebagainya.

Berbeza dengan Eropah dan Amerika Utara, OnePlus mengesahkan operasi di India akan diteruskan seperti biasa. Syarikat itu turut memaklumkan beberapa produk baharu sedang dalam perancangan untuk dilancarkan di negara tersebut, termasuk telefon pintar OnePlus N6x yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat.

OnePlus turut mengesahkan satu lagi perubahan besar melibatkan sistem operasi. Semua peranti OnePlus yang layak menerima Android 17 akan menggunakan ColorOS sebagai sistem operasi utama, sekali gus menamatkan penggunaan OxygenOS di semua pasaran.

Keputusan ini boleh dianggap sebagai perubahan paling besar dalam sejarah OnePlus sejak jenama itu diperkenalkan pada tahun 2013. Pada awal kemunculannya, OnePlus berjaya mencipta nama menerusi konsep “flagship killer”, menawarkan spesifikasi premium pada harga jauh lebih rendah berbanding pesaing ketika itu seperti Samsung dan Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN